Membongkar Misteri Kejadian Kematian Aneh Penduduk Dunia

RM38.90

4 in stock

Category: Product ID: 42215

Description

Manusia yang telah disahkan mati biasanya tidak boleh hidup semulaa. Tetapi dalam beberapa kejadian, mereka yang telah mati selama beberepa minit didapatī hidup semula. Kejadian ini jarang berlaku dan dianggap sebagai suatu keajaiban atau suatu keanehan dalam dunia perubatan. Apabila jantung seseorang didapati berhenti atau tiada lagi denyutan nadi maka seseorang itu akan disahkan telah meninggal dunia. Walau bagaimanapun, pandangan ini dibantah sesetengah daripada kalangan mereka yang menuntut supaya definisi dan takrif mati dinilai semula. Mereka mahu seorang diisytiharkan mati apabila otaknya sudah tidak berfungsi lagi meskipun jantungnya masih lagi bergerak dan bekerja.

Selain itu ada lagi kejadian aneh yang berlaku seputar kehidupan Misteri manusia magnet turut berkait dengan beberapa kisah misteri yang mengerikan yang masih menjadi tanda tanya. Pada tengah malam 27 Ogos 1938, seorang wanita yang bernama Phyllis Newcombe yang baru sahaja meninggalkan dewan tari-menari di Chelmsfod (England) bersama tunangnya, tiba-tiba menjerit. Gaun crinoline yang dipakainya tiba-tiba sahaja dimakan api yang begitu besar. Gaun tersebut cuba ditanggalkan, namun sudah terlambat. Dalam masa yang singkat sahaja, seluruh tubuh Phyllis Newcombe rentung dan hangus sehingga ke bahagian dalam tubuhnya.

Ahli-ahli forensik membuat kajian mendalam untuk mengetahui punca kebakaran tersebut. Seandainya kebakaran itu disebabkan oleh puntung rokok, gaun crinoline tidak akan terbakar sedemikian rupa, melainkan terdapat jumlah api dan oksigen yang cukup banyak pada gaun itu. Yang lebih membingungkan, kebakaran itu menghanguskan Newcombe sehingga jauh ke dalam. Kebakaran yang berlaku ini tidak sebab yang jelas. Namun sebahagian pakar mengaitkan kejadian ini berlaku pada titik puncak kekuatan magnetik. Keadaan medan magnet bumi memang selalu turun naik secara dramatik akibat pengaruh matahari. Angka purata kekuatan medan magnet di seluruh dunia dicatat setiap hari untuk kepentingan ahli-ahli astronomi dan fizik. Daripada catatan itu. mereka melihat terdapat hubungan yang jelas antara peristiwa kebakaran dan kekuatan geomagnetik yang tinggi.

Banyak lagi kisah aneh di dunia ini yang tidak pernah mampu kita fikirkan dengan akal sihat dan logik. Ternyata dalam kehidupan sehari-hari kita sebagai manusia, masih banyak lagi kejadian misteri yang tidak berjaya dirungkaikan, yang terjadi pada beberapa orang. Dan dalam beberapa kes, kejadian aneh dan misteri ini berhubungan akrab dengan berita aneh.

 

ISBN-13: 978-967-2278-25-2
Tarikh Terbit:  Jan 2020
Jumlah Muka Surat : 274

Penulis : Syed Mahadzir Syed Ibrahim

Additional information

Weight 1 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Membongkar Misteri Kejadian Kematian Aneh Penduduk Dunia”

Your email address will not be published. Required fields are marked *