Description
SINOPSIS
Buku ini mengandungi 8 bab, yang secara keseluruhannya membicarakan tentang bangsa Yahudi dari
mula pendudukan di tanah yang dijanjikan sehinggalah kepada penjajahan di seluruh dunia.
Pembaca juga akan dapat mengetahui secara asas tentang pecahan-pecahan bangsa Yahudi di seluruh
dunia dan bagaimana bermulanya rancangan penhijrahan besar-besaran ke tanah Palestin.
Dalam menjamin kestabilan Israel sebagai sebuah negara yang kuat dan ditakuti di dunia, beberapa strategi
digunapakai Rejim Zonis. Antaranya adalah menanam pengaruh dalam negara paling berpengaruh, Amerika
Syarikat. Dengan menjadikan Amerika Syarikat sekutu paling rapat, Israel menjadi kuasa yang
berpengaruh di dunia Arab yang secara tidak langsung menentukan corak politik, ekonomi dan keamanan
di tanah arab.
Selain itu, dunia arab dipecah-belahkan dengan bantuan aktiviti demokrasi, semata-mata untuk
menjatuhkan pemimpin-pemimpin terkuat di Asia Barat. Isu perbezaan Mazhab turut dijadikan
senjata sehingga negara-negara yang suatu ketika dahulu pernah menjadi kuasa besar yang disegani
seperti Iraq dan Syria, kini terus bergolak.
Buku ini ditulis berdasarkan pembacaan dan pemerhatian terhadap perkembangan yang berlaku
di Palestin seperti yang dilaporkan oleh media arus perdana dan alternatif.
Reviews
There are no reviews yet.