Membongkar Kehebatan Musa Keita- The Black Panther

RM37.90

Out of stock

Category: Product ID: 42211

Description

MUSA KEITA merupakan scorang raja Mali yang terkenal sehinggakan beliau dianggap Black Panther dan diadaptasikan ke dalam filem yang mendapat perhatian ramai di seluruh dunia. Beliau menjadi pemerintah di Mali pada tahun 1312, mengambil alih takhta Abu Bakar Kedua yang hilang di lautan semasa mencari penghujung Lautan Atlantik. Musa Keita cukup bertuah kerana dikurniakan dengan kekayaan hasil bumi yang banyak, iaitu emas dan juga garam. Beliau berjaya meluaskan empayar perniagaannya hingga ke Mauritania, Senegal, Gambia, Guinea, Burkina Faso, Mali, Niger, Nigeria, dan Chad.

Beliau yang juga dikenali dengan nama Mansa Musa dilahirkan sekitar tahun 1280 dan meninggal dunia pada tahun 1337 merupakan mansa kesepuluh Kekaisaran Mali (yang boleh diterjemahkan sebagai sultan, penakluk, atau kaisar). Beliau berkuasa selama 25 tahun dari tahun 1312 schingga tahun 1337. Pada waktu beliau menaiki takhta, wilayah Kekaisaran Mali merangkumi bekas wilayah Kekaisaran Ghana di Mauritania selatan dan di Melle (Mali) serta wilayah-wilayah sekitarnya. Musa Keita memiliki banyak gelaran seperti “Amir Melle’ atau Penguasa Lombong-lombong Wangara, dan ‘Penakluk Ghanata’. Musa Keita juga dikatakan telah berjaya menakluk 24 buah kota.

Pada masanya, negara Mali merupakan penghasil emas terbesar di dunia, dan Musa Keita merupakan salah seorang terkaya dalam sejarah. Jumlah kekayaannya terlalu besar sehingga tidak dapat dikirakan secara pasti. Salah satu kisahnya yang paling terkenal adalah sewaktu beliau pergi menunaikan ibadah haji di Mekah. Dalam perjalanannya, beliau sangat dermawan dan membahagi-bahagikan emasnya, tetapi tindakannya ini dikatakan telah merosakkan ekonomi di Kaherah, Madinah, Mekah dan kota-kota lain yang dilintasinya, kerana nilai emas terus jatuh dan harga barangan mendadak naik.

Sewaktu kematiannya pada tahun 1337, Musa Keita mengumpulkan kekayaan yang mungkin terlalu banyak untuk dibayangkan. Dengan menyesuaikan tingkat inflasi waktu ini , pundi-pundi hartanya bolch mencapai lebih dari US$ 400 trilion. Berada di urut an kedua adalah jumlah keseluruhan kekayaan keluarga Rothschild yang dianggarkan berjumlah USR 350 trilion. Sementara, kekayaan J.D. Rockefeller dianggarkan bernilai USS 340 trilion, Andrew Carnegie US$ 310 trilion, Moammar Khadafi US$ 200 trilion, Bill Gates USS 136 trilion, dan Carlos Slim US$ 68 trilion. Dengan kata lain, tidak ada seorangpun sekarang ini yang boleh menyamai Musa Keita dalam soal kekayaan.

 

ISBN-13: 978-967-2278-27-6
Tarikh Terbit:  Feb 2020
Jumlah Muka Surat : 230

Penulis : Syed Mahadzir Syed Ibrahim

Additional information

Weight 1 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Membongkar Kehebatan Musa Keita- The Black Panther”

Your email address will not be published. Required fields are marked *