Description
Antologi cerpen dan mini novel
Tercetusnya aksara indah warkah sang pujangga…
1. Cinta Yang Pergi – Mardihah
“Kau tak sembahyang ke? Aku tengok kau macam tak ikut Aleeya sembahyang aje. Eh, Asmidar. Kau kena solat, baru hati kau tenang dan aman tau.”
2. Daim – Aliesha Kirana
“Nama saya, Daim.”
“Hah, Daim? Macam coklat Daim tu?”
“Ya. Daim. Macam coklat Daim.”
3. Surat Untuk Bakal Isteri- Hanan Az-Zahra
Salam perkenalanku hulurkan buat bakal isteriku, Nur Qaisara Irdina. Aku hanya ingin memperkenalkan diriku yang aku bakal suamimu, dan kau bakal isteriku.
4. Topeng – Hannah Ezaty
Kau boleh menyakitiku dengan kebenaran tetapi jangan pernah membahagiakan aku dengan kebohongan.
5. Dan Dia Jodohku – Nurul Ain Syuhada
“Nak atau tak nak, kau akan jadi milik aku suatu hari nanti!”
“Dan kalau saya jadi milik awak, saya yakin… Saya ialah gadis yang paling malang sekali!”
6. Bukan Tak Mahu- Ilmar Imia
Belum pun sampai pukul tujuh malam, sekali lagi isterinya mengadu lapar dan nak makan piza pula. Isterinya ada bela apa-apa ke? Mana tahu kalau yang makan tu bukan isterinya, tapi belaannya?
7. Qasidah Buat Khadijah – Hana Ilhami
Kalau Tijah rasa saya tak sesuai untuk Tijah, saya tak paksa.
Dahlah hidung besar macam gorila, panggil kita Tijah pula. Eee… Tak suka!
8. Salam Cinta Satu Malam – S.N. Hidayah Haron
“Nurul, awak keluar dengan saya ini boyfriend awak tak marah ke?”
“Awak dah bawa saya sampai ke sini, tempat jin bertendang dan kemudian baru awak nak tanya soalan bodoh itu dekat saya? Apa kes?”
9. Demam Cinta Misi Noora – Ummi Hafiy
Noora menepuk pipinya berkali-kali. Penyakit gilanya ini sudah datang kembali. Sejak sekolah menengah lagi dia sudah dapat penyakit begini. Dia akan terkejut beruk dan teruja apabila memandang lelaki kacak.
10. Jadikanku Wanita Syurga – Izzah Haneefa
“Kewajipan menutup aurat adalah salah satu cara Allah mengangkat martabat wanita. Tapi, kenapa masih memilih untuk merendahkan martabat diri sendiri?”
11. Gadis Bersubang Bintang – Kejora Mawaddah
“Itu padi tak menjadi, hujan tak turun dah hampir dua minggu. Ini semua sial Si Gadis, datang-datang bawa kemarau!”
12. Zahrin – Luna Adresia
Dia kemudian ketawa geli hati. Tak sangka gadis itu begitu senang diperbodohkan dan jatuh cinta kepadanya hingga sanggup menawarkan diri.
13. Seindah Takdir – Cahaya Najihah (Adaptasi ke Telefilem)
Assalamualaikum wahai insan yang bergelar suami. Waktu kita berdua mungkin tidak lama. Terima kasih kerana sudi menerima insan sepertiku menjadi bidadari hatimu. Hanya satu hati ini ingin berkata. Teruskan hidupmu. Allah selalu di sampingmu.
Reviews
There are no reviews yet.