MATAN UMMI AL-BARAHIN

RM7.00

Kitab kecil ini adalah sebuah risalah mengenai “Al-Aqidah As-Sanusiah – Matan Ummi Al-Barahin”. Ia mengandungi aqidah ahli sunnah wal jamaah, yang diterjemahkan kepada bahasa malaysia dalam edisi rumi dan jawi daripada kitab :

عقائد اهل السنة متن أم البراهين المسمى بالعقيدة السنوسية الصغرى للإمام أبي عبد الله محمد يوسف السنوسي الحسني

Risalah ini meneraangkan hukum akal yang tiga ; iaitu yang wajib, yang mustahil dan harus. Kemudian menerangkan sifat-sifat yang wajib, yang mustahil dan harus bagi hak Allah SWT, demikian juga bagi hak sekalian Rasul-Rasul A.SW.S.

Kemudian diterangkan dua puluh sifat yang wajib bagi Allah Taala, yang mustahil bagi Allah Taala dan yang harus bagi Allah Taala, serta dalil-dalilnya. Kemudian diterangkan pula sifat-sifat yang wajib, yang mustahil dan yang harus bagi Rasul-Rasul serta dalil-dalilnya.

Kemudian dikupaskan pula kalimah ‘Laa Ila Ha Illa Allah’ dan ‘Muhammad Rasulullah’ serta hikmah Rasul-Rasul itu bersifat dengan sifat-sifat atau ciri-ciri kemanusiaan.

Risalah ini sesuai diajarkan kepada pelajar-pelajar di peringkat permulaan atau ibtidai, yang baru hendak mengenali Bahasa Arab dan pelajaran asas Tauhid.

4 in stock

SKU: 9789670597072 Categories: , Tags: , , Product ID: 18109

Additional information

Weight 0.070 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “MATAN UMMI AL-BARAHIN”

Your email address will not be published. Required fields are marked *