Description
SINOPSOIS
Risalah yang bertajuk “Lailaha Illallah: Manhaj Hidup Muslim” ini sudah memberi gambaran bahawa kandungannya khusus membincangkan hubungan kalimah Lailaha Illallah dengan perjalanan hidup mereka yang digelar muslim.
Ya, memang tidak syak lagi kita terasa terperinci pengertian kalimah syahadah setepatnya-setepatnya untuk kefahaman seluruh umat islam, kerana itulah kewajipan paling awal yang wajib kita dahulukan sebelum membincangkan pokok-pokok Islam yang lainnya sebagai manifestasi dari kefahaman dan keyakinan dari Kalimah syahadah seseorang Muslim itu wajib memahami Kalimah Syahadah yang dilafazkan.
Adalah menjadi satu kecacatan yang amat besar dan dapat dikatakan keganjilan yang sungguh anih apabila sesorang yang digelar Muslim tidak memahami konsep atau tasawwur Kalimah Syahadah yang diucapkannya sebagai pengakuannya menerima ajaran Islam sebagai agamanya dan mengaku pula dirinya bergabung dengan kelompok ummat manusia yang digelar Muslim.
Reviews
There are no reviews yet.