Description
BUKU MALCOLM X: PEMBELA KULIT HITAM AMERIKA
Malcolm X dilahirkan pada tahun 1954 di Omaha, Nebraska. Bapanya, Earl Little, adalah seorang reverend yang berceramah untuk memperjuangkan hak orang kulit hitam. Oleh kerana ucapan bapanya sering berunsurkan subversif, keluarga Malcolm diserang oleh kumpulan ‘white supremacist’ Ku Klux Klan dan The Black Legion yang membakar rumah keluarga mereka. Selepas berpindah ke Michigan, bapanya mati dibunuh dan ibunya pula menjadi gila. Malcolm dan adik-beradiknya seramai lapan orang dipisahkan dan diletakkan di bawah keluarga angkat. Malcolm dibawa untuk bersekolah di Mason di bawah penjagaan keluarga Swerlin.
Malcolm adalah satu-satunya pelajar berkulit hitam di Mason Junior High School. Dia diskriminasi oleh gurunya sendiri apabila gurunya mahukan dia menjadi seorang tukang kayu daripada cita-citanya yang mahu menjadi seorang peguam. Semua itu kerana warna kulitnya yang berbeza. Apabila memasuki gred kelapan, Malcolm berhenti sekolah untuk tinggal bersama kakak angkatnya, Ella di Boston. Selepas bekerja sebagai penggilap kasut di Boston, Malcolm berpindah ke kawasan Harlem di New York untuk menjual marijuana. Selepas diekori polis narkotik, dia menukar karier menjadi perompak.
Nasibnya tidak baik apabila dicekup polis pada tahun 1946 kerana memiliki jam curi. Pada usia 20 tahun, dia dimasukkan ke Charlestown State Prison dengan hukuman penjara sepuluh tahun. Sedangkan tempoh biasa untuk hukuman merompak adalah dua tahun sahaja. Dia mengalami diskriminasi sistem kehakiman hanya kerana kulitnya yang hitam. Di dalam penjara, Malcolm berjumpa dengan rakan banduan, Bimbi. Bimbi menyebabkan Malcolm kembali mempelajari bahasa Inggeris dan membaca buku. Di dalam penjara, Malcolm yang buta huruf belajar menulis, menghafal kamus, dan mempelajari sejarah keturunan orang kulit hitam. Adik-beradiknya sering datang melawat. Akhirnya Malcolm mendapat tahu keluarganya sudah memeluk agama Islam di bawah seorang lelaki yang bernama Elijah Muhammad melalui pertubuhan Nation of Islam.
Kisah Malcolm X pun bermula.
Reviews
There are no reviews yet.