Description
“Awak tak suka lelaki?”
“Tak!” Mata Puteri menjenggil.
“Awak suka perempuan?”
“Nuqman!” Kini matanya mencerlung marah.
Pengalaman hidup sendiri dan derita para wanita yang tampil memohon bantuan Women’s World Today (WWT), sebuah pertubuhan yang memperjuangkan nasib kaum hawa membuatkan Puteri Zulaika hilang kepercayaan bukan sahaja terhadap kaum adam tetapi juga institusi perkahwinan itu sendiri. Jelas yang bahagia itu bukan letaknya di tangan lelaki!
Takdir membawanya kepada Muhamad Nuqman, lelaki yang memartabatkan cinta dan perkahwinan di tempat selayaknya sepertimana yang diajarkan Rasul.
“Saya impikan anak-anak kita seperti Sultan Al Fateh. Bijak bertaqwa. Berjuang mengubah nasib Islam untuk dunia. Kita boleh berusaha dari sekarang. Sebagaimana jiwa Al Fateh dibina sejak sebelum dia dilahirkan. Dari ayah ibunya yang beriman.”
Kehadiran wanita jelita berhati mulia, Nur Maya menguji kemanusiaan Nuqman. Kesanggupan Nuqman menggadai nyawa demi menyelamatkannya bagaikan mengikat Nur Maya dengan lelaki itu seumur hidupnya. Namun di hati Nuqman ada Najjah Rabiah. Gadis itu terlalu istimewa bagi ibu dan adik-adiknya. Saat Nuqman sudah menawan kepercayaan Puteri Zulaikha, Najjah Rabiah tiba-tiba direntap dari kehidupan mereka.
Puteri Zulaikha nanar diuji antara cinta, kemanusiaan dan kebergantungan kepada Yang Maha Berkuasa, Dia juga tersepit dalam pergelutan ibu saudaranya, Nadia dalam belengu perkahwinannya dengan Zulkarnain yang retak menunggu belah. Apalagi bila benih cinta mereka diungkit kewujudannya.
Kemuncak kemelut ini menuntut pengorbanan. Puteri Zulaikha tersepit di persimpangan. Perlukah ada kehidupan yang musnah demi mencipta bahagia? MAKNA PADA RASA mengungkai akar umbi kehidupan menuju kemuncak segala rasa yang menjadi rahsia.
Reviews
There are no reviews yet.