Description
‘Mak kau hijau!u
panas hati! benggang! apa teruk sangat bahasa budak budak ni? Tak tahu apa kepelikan dan kegilaan yang menimpa anak-anak kita sekarang. Menonton video tersebut buat aku fikir apa bentuk pendidikan yang anak-anak zaman sekarang dapat; apa yang bentuk pemikiran diorang. Seorang yang membuli, mulut boleh tahan, satu lagi dibuli, mesti tunjuk berani, retaliate, mulut pun ala longkang. Paling teruk yang merakam”
Korang rasa susah nak ajar budak? Korang rasa budak-budak sekarang ni kurang ajar, tak reti hormat? Memang, tak senang beb nak jadi cikgu, semua pengalaman aku berdepan dan uruskan budak-budak katategori ‘nakal’ ni aku sumbat dalam buku ‘Mak kau hijau’ ni.
Sebab tu,buku ni korang WAJIB baca! Bukan setakat cikgu-cikgu, bahkan mak abah, abang kakak, jiran tetangga, atu nenek, pun boleh baca! Aku bukan cikgu yang perfect tapi itu tak bermakna aku tak boleh buat apa-apa untuk ubah anak-anak murid aku. Kalau korang tak boleh buat semua, korang jangan tinggalkan semua.Kalau korang faham basic ni, mengajar dan mendidik akan menjadi bende yang korang paling suka, sebab ni lah saham akhirat korang.
Reviews
There are no reviews yet.