Kisah Para Nabi & Rasul – Siri 1

RM35.00

Buku “Kisah Para Nabi & Rasul Untuk Kanak-kanak” ini, walaupun kecil bentuknya, merupakan karya besar di samping karya-karya Abul Hasan dan saudara-saudaranya yang mulia dalam bidang dakwah Islam. Bukan hanya orang dewasa yang harus menjadi sasaran dakwah Islam dalam bentuknya yang murni, bahkan jiwa kanak-kanak juga memerlukan santapan rohani seperti ini supaya mereka menjadi dewasa dengan rasa iman yang tertanam dalam hati mereka, cahaya iman yang menerangi hati mereka dan keceriaan iman yang memancar dalam jiwa mereka. Bahan daripada cerita merupakan unsur pertama yang sangat disukai oleh kanak-kanak.

Walaupun buku ini ditulis untuk kanak-kanak, tentu ramai orang dewasa juga perlu membacanya kerana secara umum, masih banyak umat Islam yang tidak mengetahui kisah-kisah yang terkandung dalam Al-Quran.

Semoga Allah membalas kebaikan Sayyid Abul Hasan dan memberinya taufiq. Semoga buku ini dapat membimbing para pemuda ke arah kehidupan yang lebih baik. Akhirnya kepada Allahlah kita bertawakal.


 

Format : Softcover
Saiz : 19″ x 26″
ISBN : 978-967-1032-20-6
Tarikh Terbit : Mac 2011
Jumlah Muka Surat : 105
Berat (kg) : 0.425


 

Category: Tag: Product ID: 631

Additional information

Weight 0.425 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Kisah Para Nabi & Rasul – Siri 1”

Your email address will not be published. Required fields are marked *