Kerana Dia Anak Syurga

RM23.00

2 in stock

SKU: 9789674813451 Category: Tag: Product ID: 36838

Description

Autisme…kau datang tidak ku jemput,

Masuk rumahku tanpa sedar

hinggalah guru tadika perasan kehadiranmu.

Dan doktor sahkan kau ada di rumahku.

Mula-mula aku terkejut,

apatah lagi bila baca banyak kisah buruk tentangmu,

tapi aku sangka baik, engkau makhluk Tuhan yang diciptakan,

dan dalam ciptaan Tuhan pasti akan ada hikmah,

Lalu aku pun membuka hatiku padamu, aku pelajari sifatmu,

aku fahami tindakanmu, dan aku menerimamu sepenuhnya.

Rupanya bukan semua cerita buruk tentangmu,

banyak kisah positif yang aku baru tahu tentangmu,

Apapun, kini engkau telah menjadi sebahagian dari hidupku,

Darimu aku kenal ‘parent’ lain yang sangat baik membantuku

walau tidak pernah bersua muka.

Darimu aku kenal dunia baru.Darimu aku belajar bahasa Tuhan,

Terima kassih autisme kerana sudi berkenalan denganku melalui anakku dan menjadikannya anak syurga,

Dan kepada anak syurgaku,

bawalah ayah terbang

bersamamu di syurga.

Woha!

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Kerana Dia Anak Syurga”

Your email address will not be published. Required fields are marked *