Description
BUKU KERAJAAN KHALIFAH ISLAM JILID III : KEJATUHAN KERAJAAN ABBASIYAH DAN KEMUNDURAN UMAIYAH ANDALUS
Kerajaan Abbasiyah mengalami kemundurannya semasa abad ke-2 pemerintahan kerjaan itu (247H-656H/ 861M-1258M). Kemasukan bangsa asing dalam pentadbiran, desakan dan serangan dari musuh-musuh yang berdendam, kebangkitan kerajaan-kerajaan kecil serta kepimpinan yang longgar membawa menjadi punca jatuhnya pemerintahan ini.
Selama diceritakan tentang kehebatan khalifah-khalifah terdahulu yang digeruni lawan, kita barangkali jarang didedahkan dengan sisi ‘memalukan’ yang terpalit dalam sejarah, di mana ada dalam kalangan khalifah kita pernah dipermainkan oleh pengawal istana. Ada dalam kalangan 27 pemerintah yang dipaksa turun dari takhta, dipenjara, dijemur, diseksa, dikorek mata mereka, ada juga yang dibunuh, bahkan ada yang melarikan diri dari pemerintahan!
Sesungguhnya ada waktu, para khalifah dinilai dengan sangat murah dan dipandang seperti hamba, selain boneka! Semoga buku ini sedikit membantu menyedarkan bahawa sesebuah kegemilangan itu akan menemui kejatuhan sekiranya terlalai !
Reviews
There are no reviews yet.