KENAPA AKU MENINGGALKAN SYIAH?

RM18.00

Buku ini menyingkap peristiwa sebenar yang berlaku di sekitar ulama-ulama Syiah dan pengikutnya. Ia menyentuh beberapa aspek penting dalam akidah Syiah yang banyak terpengaruh dengan pegangan Yahudi seperti bilangan dua belas imam yang menyamai bilangan keturunan bani Israel. Akidah Syiah juga tidak terlepas daripada pengaruh Nasrani yang sesat.

Buku ini juga menggambarkan kejelekan amalan-amalan Syiah seperti membenarkan pengikut-pengikutnya bermut’ah tanpa had walaupun dengan kanak-kanak yang berusia 10 tahun bahkan membenarkan amalan meliwat kanak-kanak lelaki. Oleh yang demikian, ramai di kalangan ulama-ulama Syiah berkali-kali mengamalkan Mut’ah untuk mendapatkan kemuliaan yang disebut di dalam kitab-kitab muktabar Syiah.

Dr. Husain Al-Musawi, penulis buku ini merupakan seorang ulama mujtahid Syiah yang membesar dalam keluarga tersebut sehingga menjadi tokoh ilmuwan hebat di kalangan ulama Syiah yang akhirnya bertukar iktiqad daripada akidah Syiah kepada akhirnya akidah Ahli Sunnah. Antara ulama Syiah lain yang kembali ke dalam akidah Ahli Sunnah setelah menemui cahaya kebenaran ialah As-Sayid Musa Al-Musawi dan As-Sayid Ahmad Al-Katib.

Tajuk Buku: Kenapa Aku Meninggalkan Syiah, Pengakuan Ulama’ Syiah kepada Allah dan Sejarah, Menyingkap Rahsia dan Membela Para Imam yang Suci.
Penulis: Syeikh Al-Allamah Dr. Husain Al-Musawi
Penerbit: Pustaka Darussalam
Terjemahan oleh: Mohd Firdaus Hat, Abdul Hadi Awang, Mohd Nazrul Abd Nasir, Mohamad Rosli Talib.
Semakan: Abu Abdul Rahman Al-Azhari

4 in stock

Category: Tags: , , , , Product ID: 18913

Additional information

Weight 0.315 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “KENAPA AKU MENINGGALKAN SYIAH?”