Additional information
Weight | 0.270 kg |
---|
RM10.00
Nabi Musa as. serta pengikutnya memiliki hari yang paling utama iaitu hari Sabtu. Nabi Isa as. pula hari Ahad, Nabi Ibrahim as. hari Isnin, Nabi Zakaria as. hari Selasa, Nabi Yahya as. hari Rabu dan Nabi Adam as. hari Khamis. Allah SWT menjadikan hari Jumaat merupakan hari yang paling istimewa untuk Nabi Muhammad SAW dan umatnya, kerana pada hari ini tersimpan keutamaan, fadhilat dan hikmah.
Pada hari Jumaat Allah meletakkan kelebihan yang tidak terhingga. Pada hari ini terciptanya nabi Adam, turunnya ke bumi serta hari dimana wafatnya baginda. Pada hari Jumaat juga akan terjadinya kiamat. Hari Jumaat sangat besar di sisi Allah, bahkan lebih besar dari hari raya Aidul Fitri dan Aidul Adha, kerana di antara malam dan siangnya tersimpan masa yang paling mustajab, tidak ada tabir penghalang doa insan terhadap Ilahi.
Semoga buku ini menjadi panduan dalam meningkatkan amalan fardhu dan sunat di hari yang penuh kelebihan ini, insya Allah.
Tajuk: Kelebihan Malam & Hari Jumaat serta Amalannya
Pengarang: Muhammad Isa Selamat
Kod: DN 086
ISBN: 983-046-003-7
Kandungan: 224 m.s.
5 in stock
Reviews
There are no reviews yet.