Description
ULASAN:
Al-Qur’an merupakan kalamullah mukjizat terbesar yang diberikan kepada Nabi Muhammad s.a.w. menerusi Malaikat Jibrail a.s. sebagai pedoman hidup manusia hingga ke akhir zaman. Ketinggiannya mencabar matahari, bintang untuk tunduk, patuh dan sujud kepada Allah SWT, sehingga wajarlah sekiranya al-Qur’an itu diturunkan kepada gunung maka dia akan hancur kerana takut tidak sanggup menanggungnya.
Kebesarannya Pula menjadikan betapa pentingnya menjaga kemutawatiran al-Qur’an, sehingga orang-orang yang menghafalnya mereka layak mendapat sanjungan dan pujian sama ada dari Allah SWT ataupun Rasulullah s.a.w. Mereka digelar sebagai Pilihan Allah, Ahlullah, Orang yang telah diberi ilmu, dan Penjaga keaslian al-Qur’an.
Buku ini telah memberi satu pengajaran mengenai kaedah mudah dan cepat untuk menghafal al-Qur’an, pendedahan cara menghafal berdasarkan ilmu serta pengalaman. Sehingga menghafal bukanlah sesuatu yang membebankan justeru ia akan menambah rasa tawaduk, khusyuk, serta keazaman yang tinggi. Bacalah al-Quran kerana sesungguhnya ia akan memberi syafaat pada hari kiamat, hafalkanlah al-Qur’an kerana engkau akan menjadi ahlullah.
Reviews
There are no reviews yet.