Kaedah-Kaedah Syarak Berkaitan Isu-Isu Perubatan

RM8.00

Seiring dengan kepesatan teknologi dan kemajuan sains, bidang perubatan juga berada sama tinggi dan sama maju oleh kepesatan dan kemajuan itu. Begitu juga penyakit, semakin canggih alatan perubatan dan semakin moden sistem dan prosedur perubatan semakin banyak penyakit yang dikategorikan berbahaya dan membawa maut. Kemunculan virus dan bakteria yang berbahaya juga semakin menambahkan kerisauan kepada ketamadunan sejagat.
Pelbagai kaedah rawatan, vaksin, ubat, melalui peralatan dan kajian perubatan berteknologi tinggi telah dijalankan dan berjaya dicipta. Pelbagai isu dan persoalan berhubung isu-isu perubatan seperti pendermaan organ, penentuan kehalalan sesuatu ubat dan vaksin, hukum berubat dengan sesuatu yang ditegah syarak ketika darurat, kaedah kuarantin daripada penyakit berjangkit clan memudaratkan dan sebagainya telah menjadi perbahasan dan perbincangan para ulama Islam masa kini.
Pembentangan perbahasan di dalam buku berkisar permasalahan ini melalui metod atau kaedah penghuraian berdasarkan’Kaedah-Kaedah Fiqh’atau yang Iebih dikenali dengan ‘Al-Qawa’id Al-Fiqhiyyah’ Huraian lanjut bagi setiap kaedah pula disertakan dengan penjelasan atau ‘syarah’ berdasarkan contoh permasalahan dan isu perubatan yang timbul, dengan disokong oleh ayat-ayat suci al-Qur’an al-Karim, hadis-hadis Nabi SAW, dan juga kisah-kisah iktibar daripada Sirah Nabawiyyah, juga para sahabat Radiyallahu ‘Anhum Ajmain. namun para pembaca disarankan juga agarturut bertanya kepada ulama Islam yang pakar dan mahir jika menghadapi kemusykilan lanjut dalam isu perubatan dalam perspektif Islam.

ISBN-13: 978-967-0267-62-3
Tarikh Terbit: Jan 2012
Jumlah Muka Surat : 133

Penulis : Walid bin Rasyid Al-Su’aidan

2 in stock

Category: Product ID: 13685

Additional information

Weight 0.140 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Kaedah-Kaedah Syarak Berkaitan Isu-Isu Perubatan”

Your email address will not be published. Required fields are marked *