K.A.L.A.M – KAEDAH MUDAH BELAJAR MEMBACA AL-QURAN – Siri 1

RM7.00

Pembelajaran mengaji atau membaca Al Quran dimasukkan sebagai salah satu ciri pendidikan agama Islam disamping pelajaran akademik lainnya di dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dengan terlalu banyaknya pelajaran yang harus dihadapi oleh pelajar, maka penumpuan terhadap belajar mengaji ini tidak mempunyai masa yang sewajarnya. Akhirnya menimbulkan kesan yang kurang memuaskan dari segi kualiti pembacaan yang betul.

Sungguhpun telah ditemukan kaedah peringkat awal ini dengan membaca terus tanpa mengeja, namun sebahagian murid masih sukar memahaminya. Mereka masih perlu didedahkan fungsi atas, bawah, hadapan atau tanwin, begitu juga segi tajwid, makhraj, panjang dan pendek, barulah mereka mudah membacanya. Buku KALAM ini cuba mengintegrasikan antara kaedah membaca terus tanpa mengeja dengan menekankan perlunya pemahaman ilmu tajwid.

Kaedah KALAM ini diselaraskan dengan KBSR (Kurikulum Baru Sekolah Rendah) Kementerian Pendidikan Malaysia. Semoga buku ini dapat membantu memudahkan generasi muda mempelajari Al Quran, insya Allah.

Out of stock

SKU: 983-9017-71-3 Category: Tags: , , , Product ID: 17758

Additional information

Weight 0.185 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “K.A.L.A.M – KAEDAH MUDAH BELAJAR MEMBACA AL-QURAN – Siri 1”

Your email address will not be published. Required fields are marked *