Jodohku Abang Doktor

RM24.00

Pengarang: Nurfaza Alisya
Penerbit: Fajar Pakeer
Tarikh Terbitan: July 2016
Format: Kulit Nipis
Berat: 0.43kg
Dimensi: 11.5 X 18.5 X 2.5

2 in stock

SKU: 9799673652723 Category: Tags: , Product ID: 26363

Description

“Saya Rizz Fahim bin Iswadi. Salam perkenalan daripada saya. Terima kasih sudi terima saya menjadi suami awak. Saya janji akan jaga awak baik-baik lepas kahwin nanti. Saya harap lepas kahwin nanti kita saling belajar untuk mencintai satu sama lain.” – Rizz Fahim.

Disebabkan pembohongan emaknya, Puan Zaharah, Che Hannah terpaksa menerima Rizz Fahim sebagai suami apabila lelaki itu melamarnya. Namun begitu, mereka hampir tidak jadi kahwin apabila Che Hannah terkilan dengan sikap emaknya. Hati Che Hannah terasa kosong sebaik berpisah dengan Rizz Fahim, membuatkan dia terus ke hospital untuk melamar lelaki itu kembali.

“Doktor, sebenarnya saya datang sini nak jumpa doktor. Saya dah tersukakan doktor. Lepas saya buat solat istikharah, saya yakin doktor adalah calon suami saya. Calon suami istikharah saya.” – Che Hannah

Walaupun sudah berkahwin, bantal busuk sentiasa menjadi peneman Che Hannah setiap malam. Setiap malam apabila hendak masuk tidur ada sahaja alasan dia berikan supaya dia tidak dipeluk oleh suaminya. Namun begitu, sikap nakal dan romantik Rizz Fahim selalu sahaja membuat Che Hannah kalut. Rizz Fahim sentiasa berusaha untuk membuat isterinya itu jatuh cinta dengannya. Sekali dia sudah melafazkan akad nikah, dia akan mencintai isterinya itu ke akhir hayatnya.

Nek Yam nenek kepada Rizz Fahim, yang mula menghidu kedinginan hubungan Che Hannah bersama cucunya, mula mengajar Che Hannah bagaimana untuk menjadi isteri gred A. Ketegasan Nek Yam memang tidak boleh dilawan. Setiap kata Nek Yam, Che Hannah harus patuh! Termasuklah menggoda suami sendiri!

Additional information

Weight 0.430 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Jodohku Abang Doktor”

Your email address will not be published. Required fields are marked *