Description
BUKU JESUS ADALAH MUSLIM
Sebahagian pembaca pasti tertanya-tanya, mengapa penulis
meletakkan judul buku ini sebagai “Jesus adalah Muslim”?
Mengapa penulis tidak menggunakan nama Nabi Isa
menggantikan nama Jesus?
Dalam hal ini, umat Islam mengenali Nabi Isa (7–2 SM-
30–36M) sebagai nabi dan rasul yang diturunkan selepas
Nabi Musa (1391–1271SM) dan sebelum Nabi Muhammad
(570-632M). Umat Kristian pula memanggil beliau sebagai
Jesus yang bukan sahaja seorang nabi, bahkan jelmaan Tuhan
di dunia. Dalam ajaran Triniti, beliau disebut sebagai Tuhan Anak.
Al-Quran tidak menyebut Nabi Isa dengan nama Jesus.
Nama itu berasal daripada bahasa Yunani (Greek), iaitu bahasa
asal Perjanjian Baru. Nama Jesus dalam bahasa Ibrani adalah
Yoshua atau Yusa. Dalam Ensiklopedia Lintas Agama yang
ditulis oleh Abujamin Roham, orang Kristian menganggap
Jesus sebagai Tuhan, bukan manusia biasa.
Reviews
There are no reviews yet.