Description
Sifat angkuh akan melahirkan sifat sombong dan sifat angkuh akan tumbuh permusuhan. Sedangkan dalam naungannya akan tumbuh sifat tercela,kekerasan,pertikaian,keperibadian yang jahat serta kasar dalam pergaulan. Hal itu kerana orang yang angkuh adalah orang sombong. Sedangkan orang yang sombong tidak menganggap orang lain,kecuali dirinya dan tidak mahu mendengar pendapat,kecuali pendapatnya sendiri.
Sepanjang sejarah dalam setiap komuniti masyarakat tidak pernah lekang dari orang-orang sombong,iaitu orang yang mampu melihat kebenaran,namun enggan mengikutinya. Mereka dapat mendengar panggilan kebenaran, namun tidak mahu menjawabnya. Dan mereka memilih tetap berada dalam kebatilan,meski kebenaran nampak jelas di hadapan mereka.
Penulis buku ini mengambil 15 orang sombong saja,yakni orang-orang yang memenuhi hidup mereka dengan kekerasan dan kekejian. Mereka hidup dengan bergelumang dosa,bertindak melampaui batas,berlaku zalim,serta memusuhi dan mengambil hak-hak orang lain. Kemudian di akhir hidupnya,mereka berada dalam kehinaan,kalah da merugi di dunia dan akhirat dengan kerugian yang nyata.
Reviews
There are no reviews yet.