Description
Hmm, Khalisha rupanya nama dia. Sesuai dengan orangnya yang berwajah lembut. Ada sedikit penambahan pada hujung lembut itu. Satu perkataan tertinggal iaitu manis. Eh, ada lagi satu, comel. Okey, pakej yang lengkap. Berwajah lembut, manis dan comel. Kalau bawa jumpa umi, sah umi tidak kata apa lagi. Pasti soalannya, bila nak pinang?
Jatuh cinta itu sangat indah rupanya. Hanya perlukan sesaat saja untuk jatuh cinta. Untuk jadi isteri Edham juga tiada sebarang syarat yang dikenakan. Semuanya sudah ada pada diri Khalisha. Namun, gadis yang memiliki semua syarat itu amat payah didekati. Khabarnya hati yang bernama Khalisha itu pernah dilukai dan luka itu masih berdarah.
“Wei, pakwe depan kita ni handsome gilalah. Macam Arjun Rampal.”
Itu kata seorang teman, tapi kenapa hati Khalisha tidak terbuka untuk bercinta lagi? Oh, dia terlupa. Sebab Amer. Sebab dendam kepada Amer. Sebab Amer pernah buat onar, jadi Khalisha fikir lelaki nama Edham itu pun sama saja perangai.
Bermakna Edham harus berusaha dengan lebih lagi untuk menawan hati Khalisha. Jadi, Edham tidak teragak-agak untuk buat perkara yang tidak-tidak demi memiliki hati Khalisha. Namun, berjayakah Khalisha jadi isteri Edham?
Reviews
There are no reviews yet.