Indahnya Sebuah Perkahwinan Menurut Al-Quran & Al-Sunnah

RM30.00

Sebuah perkahwinan dan rumah tangga yang bahagia dan indah adalah impian serta harapan setiap pasangan. Bukan sahaja kedua pasangan yang mengimpikannya malah kedua ibu bapa mereka dan seluruh ahli keluarga mereka berharap dan mendoakan kebahagiaan dan keharmonian di dalam rumah tangga tersebut. Perkahwinan merupakan sebuah ikatan yang suci kerana dari sinilah lahirnya generasi yang menjadi pewaris dan penerus kepada keturunan umat manusia dan agama. Oleh sebab itulah perkahwinan ini sangat penting di dalam Islam. Kerana di sini bermula pembinaan seorang insan yang soleh dan solehah. Panduan dan pedoman berkisar isu kekeluargaan telah terdapat di dalam Al-Qur’an dan Al-Sunnah. Bahkan terdapat surah-surah khusus yang membicarakan tentang tanggungjawab, kepentingan dan panduan berkenaan isu perkahwinan dan kekeluargaan. Malah Nabi Muhammad S.A.W. juga amat menekankan tentang betapa penting pembinaan institusi kekeluargaan yang kukuh dan bahagia. Di mana dari institusi keluarga inilah permulaan sebuah negara yang cemerlang dan berjaya.
Buku ini cukup lengkap dalam membincangkan isu-isu kehidupan sebagai suami isteri dan berkeluarga. Ini adalah bacaan yang amat sesuai dan wajib baca bagi setiap pasangan suami isteri dalam menambah dan memperkasakan ilmu kekeluargaan yang didasarkan kepada Al-Qur’an dan Al-Sunnah. Semoga Allah kurniakan kepada kita keluarga yang bahagia dan dirahmati-Nya.

ISBN-13: 978-967-3681-60-0
Tarikh Terbit: Jan 2012
Jumlah Muka Surat : 494

Penulis : Mahmud bin Al-Jamil

Out of stock

Category: Tags: , , Product ID: 14089

Additional information

Weight 0.640 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Indahnya Sebuah Perkahwinan Menurut Al-Quran & Al-Sunnah”

Your email address will not be published. Required fields are marked *