Additional information
Weight | 0.425 kg |
---|
RM19.90
Disebabkan bentuknya yang ringkas, bersahaja dan sarat dengan dasar-dasar ilmu Nahu, ia telah mendapat tempat di kalangan para pengkaji bahasa Arab sejak zaman-berzaman. Di antara mereka ada yang menghurai, memperhalusi dan ada juga yang menazamkannya. Usaha mengetengah matan al-ajurrumiyyah dalam apa jua bentuk sekalipun terus-menerus berlaku sehingga hari ini.
Di sebalik corak penyampaiannya yang ringkas, ramai orang tidak sedar bahawa matan al-Ajurrumiyyah sebenarnya adalah ringkasan kepada perbahasan ilmu Nahu aliran Kufi yang diketuai Al-Kisaie. Tidak hairanlah gembar-gembur yang mengatakan bahawa Matan Al-Ajurrumiyyah adalah ringkasan daripada Jumal Al-Zujaji.
Matan Al-Ajurrumiyyah adalah ibarat sebuah pintu yang semestinya diketuk oleh setiap penuntut ilmu Nahu, bahkansetiap orang yang ingin berkecimpung di dalam arena perbahasan agama.
Di nusantara, Matan Al-Ajurrumiyyah lazimnya digunakan di pondok-pondok dan pesantren sejak dahulu kala lagi. Ianya dihafal dan pernah menjadi bahan perbualan di kalangan para pelajar suatu ketika dahulu.
Itulah Al-Ajurrumiyyah, hasil penulisan yang telah diabadikan oleh Abu Abdillah Muhammad bin Muhammad bin Daud Al-Shinhaaji (w:723H)
3 in stock
Reviews
There are no reviews yet.