Description
Masjid berasal daripada perkataan Arab iaitu daripada perkataan sajada yang beerti sujud. Oleh sebab perbuatan sujud merupakan perbuatan solat yang paling mulia dan meletakan hamba di kedudukan yang paling hampir dengan Tuhannya, maka perkataan masjid di ambil daripadanya yang beerti tempat sujud. Penyakit cinta dunia antara punca yang telah membunuh kecenderungan umat dalam memartabatkan masjid. Lupa akhirat mengakibatkan lesunya institusi masjid yang mulia dan hebat. Masjid sebagai simbol perpaduan, kini hanya tinggal kenangan. Sudah sampai masanya kempen cintai masjid dijana dan dijaja. Telah tiba waktunya hati Mukmin beralih kepada rumah Allah dan merinduinya melebihi rumah sendiri agar cahaya hidayah menembusi hati nurani pembaca untuk beramal dan bertindak.
Reviews
There are no reviews yet.