Description
Buku ini diubahsuaikan bahasanya daripada bahasa Melayu lama kepada bahasa Malaysia. Ia disalin daripada buku Hidayah Al-salikin Fi Maslak Al-Mutaqin yang diterjemahkan oleh Syeikh Abdul Samad Al-Palimbani daripada buku Bidayah Al-Hidayah karangan Hujatul Islam, Imam Al-Ghazali yang diringkaskannya sendiri daripada kitab induknya Ihya Ulum Al-Din.
Buku ini mengandungi sebahagian daripada ilmu fardhu ain atau ilmu yang bermanfaat termasuk ilmu tasawuf. Sehingga kini ia masih dipelajari di serata sekolah pondok, masjid, madrasah dan surau di seluruh nusantara, walaupun dalam bahasa yang agak susah. Kini buku ini tampil dalam bahasa dan susunan yang lebih mudah dipelajari dan difahami. Semoga lebih ramai dan lebih cepat lagi pelajar yang mendapat manfaat daripadanya.
Reviews
There are no reviews yet.