Description
SINOPSIS
Sejak kehilangan ibu dan bapa tercinta, Hazim memikul tanggungjawab untuk membesarkan adiknya, Aizat. Hubungan mereka berdua sangat rapat dan mereka selalu bersama. Walau bagaimanapun, Hazim telah membuat keputusan untuk menyambung pengajiannya di luar negara tanpa berbincang dengan adiknya terlebih dahulu. Tindakan itu membuatkan Aizat memberontak.
Menjejakkan kaki ke Amerika Syarikat bukan bertujuan mahu menimba ilmu akademik semata-mata, tetapi Hazim juga mahu mempelajari muzik yang berlainan melodi dan irama. Walaupun rindu pada adiknya, Hazim seolah-olah mendapat pengganti apabila bertemu dengan Joseph yang hampir sebaya dengan Aizat. Di Amerika pula, Hazim berhadapan dengan pelbagai konflik yang muncul daripada banyak pihak.
Reviews
There are no reviews yet.