Description
“Mana yang lebih utama? Pilihan mama buat kali terakhir atau pilihan hati cinta sejati?”Cinta adalah milik semua insan tanpa mengira perbezaan darjat, keturunan, usia, bangsa, mahupun agama. Cinta Hafizul kepada Nora Azira bagaikan cahaya yang bakal menerangi suram dan menikam sukma. Namun cinta itu terpaksa dirahsiakan daripada pengetahuan ibunya.
Bagai gumpalan mega kelabu mahu menghempap bumi cintanya, Hafizul terpaksa bersetuju untuk dijodohkan dengan gadis pilihan ibunya. Jiwa Hafizul penasaran. Bagaimana mahu mengukir madah berhelah, mencipta resIpi seribu ungkapan manis bakal dipersembahkan kepada dewi cintanya.
Dalam masa yang sama, Nora Azira mengalami situasi yang sama. Namun bagi Nora Azira, pilihan kedua-dua orang tuanya adalah calon suami yang terbaik, pengukur cerah masa hadapannya. Nora Azira berdoa dan pasrah kepada takdir Allah.
“Aku sanggup terima kenyataan bahawa jodoh kita tiada. Kau ikutlah kehendak orang tuamu, Hafizul. Cintaku tetap utuh untukmu. Aku akan mendoakan kau berbahagia dengan pilihan orang tuamu. Aku sendiri, kalau ada jodoh, aku akan berkahwin. Kalau sebaliknya, biarlah masa yang menentukan.”
Dapatkah cinta Hafizul dan Nora Azira kembali bertaut erat? Apakah sikap patuh kepada orang tua dapat menjana kebahagiaan dalam istana cinta yang dibina? Berbaloikah pengorbanan mereka? Dapatkah perasaan yang berada di hati, akan terus kekal di hati?
Reviews
There are no reviews yet.