HAK ASASI MANUSIA DALAM ISLAM & DEKLARASI PBB

RM25.00

Jika kita menilik sejarah timbulnya segala konsep Hak Asasi Manusia, sama ada dari permulaannya di Inggeris kemudian di Amerika, juga di Perancis, pada Perang Dunia Pertama, dan Perang Dunia Kedua. Malah mungkin sekarang, era dunia tanpa sempadan dengan dalih membenteras keganasan; semuanya adalah usaha manusia Barat membebaskan diri daripada perhambaan, mencari kemerdekaan yang sejati, sama ada peribadi mahupun untuk bangsa.

Tetapi, apabila keadaan telah agak merdeka, mulailah timbul kembali nafsu-nafsu jahat manusia, lalu berusaha dengan pelbagai daya agar deklarasi-deklarasi itu tetap termaktub sebagai “Barang Suci”, tetapi tidak dijalankan kalau akan merugikan diri, dan teruslah dipropagandakan dan diperbesarkan, kalau kita yang beruntung dan orang lain dapat dirugikan.

Demikian, manusia yang mencari Hak Asasi Manusia; yang dilahirkan oleh ibunya dalam keadaan merdeka. Seperti diucapkan oleh Saidina Umar bin Khattab, Kalifah ke-2 dari Rasulullah (S.A.W.) pemimpin Daulah Islamiyah, yang berkata bahawa : “…Mengapa hendak kau perhambakan manusia, padahal dia dilahirkan oleh ibunya dalam keadaan merdeka?” Perkataan ini telah diucapkan lebih 14 abad yang lalu, jauh sebelum wujudnya Deklarasi ciptaan Barat.

Dalam perkara inilah Prof. Dr. Hamka memberi penilaian dan pandangan Islam tentang Hak Asasi Manusia dan membandingkannya dengan Deklarasi PBB yang menjadi rujukan manusia sejagat.

Judul : Hak Asasi Manusia Dalam Islam & Deklarasi PBB
Pengarang : Prof Dr. Hamka
Penerbit : Pustaka Dini Sdn Bhd
Genre : Esei
Mukasurat :198  halaman
Cetakan Pertama : 2002
Cetakan Kedua : 2005

5 in stock

SKU: 9789839422499 Category: Tags: , , , Product ID: 18895

Additional information

Weight 0.460 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “HAK ASASI MANUSIA DALAM ISLAM & DEKLARASI PBB”

Your email address will not be published. Required fields are marked *