Description
“Kau siapa sebenarnya?! Kau takkan faham bagaimana susahnya ubtuk aku berada di dini dan kau senang-senang berhadapan ini semua seolah-olah ini taman permainan tempat kau bersuka-suka’ Rosemarry bagai ingin manghayun saja payung di tangannya melibas kepala Safran.
“Kemanisan hidup ini ada dua, satu anisnya cinta, kedua manisnya cabaran. Bagaimana kau mengharung cinta dan cabran penentu sama ada kau merasa manis atau sebalkinya. Jadi apa kau mahu merasa yang pahit atau yang manis?”
“Sudah tentu yang manis!”
“Kalau kau mahu yang manis, berdampinglah denganku.Akan aku pastikan hidupmu penuh dengan kemanisan walau hidup kita penuh cabaran mahupun cinta yang memeritkan. Ketika itu baru kau tahu aku siapa”
Payung berbucu tajam itu terus hinggap di kepala Safran.
“Aduh!”
“Sekarang apa kau merasa manis atau pahit?”
Rosemarry berjalan laju terjengket-jengket dengan kasut tumit tingginya tercabut sebelah. Semakin jauh kakinya melangkah, semakin hatinya geram dan dipenuhi tanda tanya. Akhirnya dengan berat hati Rosemarry berpatah balik ke arah Safran.
“Dengar! Ajarkan aku tentang Islam, mungkin aku izinkan kau tunjukkan kemanisan cinta dan cabaran yan kau katakan”
Reviews
There are no reviews yet.