FOBIA

RM28.00

RAYU… rayulah lagi! Semakin mangsanya menangis dan merayu agar dia berhenti menyeksa mereka, semakin dia seronok. Rayuan mereka seolah-olah nyanyian merdu di telinganya.
Dia ketagih melihat darah. Lagi banyak darah, lagi dia seronok. Melihat mangsanya menggelepar kesakitan adalah satu kepuasan yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata.
Dia adalah seorang algojo yang ditugaskan untuk menghukum pesalah. Mangsanya bukan sebarang mangsa. Dia memilih perempuan seperti Sherry kerana Sherry adalah sasaran yang mudah dan paling penting, Sherry adalah seorang pendosa. Setiap pendosa harus dihukum. Di dalam kurungan, Sherry didera dan dibiarkan kebuluran.
Bagaimanakah nasib Sherry? Apakah dia harus mati di tangan algojo itu?
Kemudian, muncul pula Doktor Humaira, seorang doktor pakar psikiatri. Apakah seorang pakar psikiatri sepertinya dapat lari daripada digasak memori silam yang menakutkan?
Siapa pula lelaki bernama Luth, Hidayat serta Hakeem?
Awas, algojo itu masih bebas dan sedang mencari mangsa seterusnya!
“Cik, tolong saya, cik. Lepaskan saya dari sini, cik. Lelaki tu gila, cik.” – Sherry
“Bang, sorry, bang. Jangan tembak gua, tolonglah. Lu ambiklah balik perempuan ni. Gua sembah lu, bang, jangan bunuh gua… jangan bunuh gua!” – Ah Man
“Kau ingat aku tak tahu kau menyorok kat mana ya? Aku dapat hidu bau kau, Sherry. Sherry…” – Algojo

ID produk : 9789674463076
Muka Surat : 400
Format : Kulit Nipis
Penerbit : Buku Prima
Tarikh terbitan : 15-MAR-2017

Out of stock

SKU: 9789674463076 Category: Tag: Product ID: 22414

Description

Additional information

Weight 0.298 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “FOBIA”

Your email address will not be published. Required fields are marked *