Description
ULASAN:
Dalam jilid ke-2 ini, tumpuan akan diberikan kepada analisis tentang faktor-faktor kejatuhan Kerajaan Uthmaniyah. Terdapat dua faktor besar, iaitu faktor luaran dan faktor dalaman. Antara faktor luaran ialah ancaman kuasa Salib Kristian, seperti kuasa Portugis, Sepanyol, Habsburg, British, Perancis dan Russia. Ini diikuti oleh ancaman Yahudi dalam berbagai wajah, seupama Yahudi Dunama, Yahudi Freemason dan Yahudi Zionis. Malah sekaligus ia juga merupakan ancaman dalaman, oleh kerana sebahagian tokoh-tokoh Freemason itu adalah dalaman, oleh kerana sebahagian tokoh-tokoh Freemason itu adalah daripada orang-orang Turki sendiri. Ancaman juga datang daripada golongan Syiah, yang secara langsungnya datang daripada Kerajaan Syiah Safawiyah dari Iran. Namun sebagai penjelasan lanjut, didedahkan juga ancaman Syiah secara menyeluruh terhadap umat Islam sepanjang sejarah. Rangkuman dari pelbagai faktor ini dan lain-lain faktor lagi telah membawa keruntuhan Kerajaan Uthmaniyah, bukan hanya satu faktor sahaja yang cuba ditonjolkan oleh setengah pihak.
Reviews
There are no reviews yet.