Dia Pilih Aku

RM23.00

ID produk : 9789674690281
Muka Surat : 576
Format : Kulit Nipis
Penerbit : Karya Seni
Tarikh terbitan : 10-NOV-2016

Out of stock

SKU: 9789674690281 Category: Tags: , Product ID: 26385

Description

Auni Soraya dan Ahmad Fahim, dua insan yang tidak pernah saling mengenali. Namun, kedua- duanya reda menerima ketentuan jodoh yang telah ditetapkan. Auni Soraya, seorang yang nakal dan kelam-kabut, manakala Ahmad Fahim pula seorang yang tenang dan matang.

Mereka tidak pernah bertentang mata sepanjang pertunangan dek tuntutan tugas, namun hati mereka disatukan lewat panggilan telefon dan pesanan ringkas.

 

“Jangan awak tertinggal hati awak merata-rata sudahlah, payah saya nak cari nanti.” – Fahim

“Hati saya aje? Hati awak?” – Auni

“Hati saya dah lama saya tinggalkan pada awak. Sejak hari pertama awak menjadi tunang saya. Nanti saya balik, saya nak minta hati saya semula dan saya nak juga hati awak tu untuk saya simpan baik-baik sampai awak pun takkan jumpa.” – Fahim

 

Orang kata, disangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Begitu juga dengan pasangan ini. Sedang mereka asyik melayari manisnya alam perkahwinan, datang pula badai yang melanda perhubungan mereka suami isteri.

Kemunculan Ezlynn yang pada mulanya diperkenalkan sebagai sahabat lama Fahim, akhirnya menjadi kaca yang menikam hati Auni sehingga berkecai.

 

“I datang nak minta tolong daripada you, Auni.” – Ezlynn

“Minta tolong daripada I?” – Auni

“I tak minta banyak, Auni. I bukannya minta you bercerai dengan Fahim. I cuma mahu minta sedikit ruang dalam hati dan hidup Fahim untuk I. I dah tak mampu untuk mencintai orang lain. Sejak kecil, hanya dia yang ada dalam hati I. Dah lebih 20 tahun I cintakan dia. I cuma dapat bayangkan dia yang menjadi suami I, bukan orang lain.” –Ezlynn

 

Mampukah Auni terus bertahan jika Ezlynn berterusan mendesak? Dan siapakah yang menjadi pilihan Fahim? Sahabat yang sudah dikenali sejak berpuluh tahun yang lalu atau si isteri yang dicintainya?

Additional information

Weight 0.460 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Dia Pilih Aku”

Your email address will not be published. Required fields are marked *