Dengan Atau Tanpamu

RM25.00

KATEGORI NOVEL
GENRE CINTA SEDIH PSIKO
PENULIS  CIK D
PENERBIT PENULISAN2U
BIL. HALAMAN
ISBN 978-967-0992-36-5

Out of stock

SKU: 978-967-0992-36-5 Categories: , Tags: , , Product ID: 27382

Description

Bila tiba waktunya aku harus memilih… Dengan Atau Tanpamu?

Dian Fatihah kata Jeffry Azman, cucu jiran sebelah merangkap abang angkatnya itu gila kerana meminangnya tiba-tiba. Tambah gila bila lelaki itu terus mendesaknya untuk menjalin satu hubungan yang bagi Dian mustahil untuk dilaksana.

Alasan demi alasan Dian cipta demi menyelamatkan diri daripada jodoh tak diundangnya itu. Tak dijangka, hadir Adryan Umar, jejaka tampan yang merupakan anak kepada kenalan Dian dan mamanya sewaktu di Tanah Suci. Kehadirannya buat hati Dian tak tenteram di tempatnya. Tambah tak tenteram bila dengan tiba-tiba kunjungan mengejut Adryan bersama uminya, berubah menjadi sesi peminangan tidak rasmi buat dia.

“Dian nak ke kalau umi masuk meminang Dian untuk abang?” – Ryan
“Kita baru jumpa sekali kut!” –Dian
“Tapi abang rasa macam dah lama kenal Dian.” – Ryan

Antara jodoh tak dijangka dengan jodoh tak diundang, Dian lebih yakin untuk memilih jodoh tidak dijangkanya.Walaupun pertemuan singkatnya bersama Adryan Umar hanyalah satu kebetulan, pada Dian sudah cukup untuk dia meyakinkan hati yang sudah mula tertarik dengan peminangan ikhlas lelaki dari negeri Jelapang Padi itu.

Pinangan Adryan Umar, anak kepada Hajah Rashidah diterima tanpa prejudis, seterusnya menolak Jeffry dari meneruskan hasratnya mahu memiliki gadis itu. Cinta cuba disulam walaupun dalam hati masih belum terbit perasaan cinta.

“Kita mulakan semula apa yang Dian tak pernah buat pada abang sebelum ni? – Dian
“Macam mana tu?” – Ryan
“Kalau sebelum ni… Dian tak sayang abang, mulai saat ni, Dian nak sayang abang. Sayang sangat-sangat, boleh?”

Bahagia yang cuba dicipta tak kekal lama. Semuanya ranap hanya kerana satu kejadian hitam yang tidak sempat dijelaskan. Dian disisih. Kasih yang baru disulam buatnya menghilang dan sayang yang ditunjukkan Ryan kepadanya, juga terpendam.

“Dengan atau tanpa dia… Hidup akan tetap diteruskan.” – Dian.

Dian ditinggalkan sepi, mengharap lelaki itu kembali dan menghangatkan kembali malam-malamnya yang suram, namun hampa bila Ryan memilih untuk terus menyepikan diri.

“Sampai bila awak nak pendam perasaan awak tu, Ryan? Awak biar hati awak luka. Awak biar hati awak sakit setiap kali pandang saya. Cukup Ryan, lepaskan Dian kalau awak rasa dah tak mampu lihat Dian yang kotor ni ada depan mata awak…” – Dian

Dian dihukum, walau silapnya bukan datang pada dirinya. Bibir meminta, namun hati tak pernah menginginkan untuk ditinggalkan hidup sendirian. Kehadiran semula Jeffry, dalam diam mahu mengubat kedukaan Dian yang kehilangan.

Additional information

Weight 0.490 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Dengan Atau Tanpamu”

Your email address will not be published. Required fields are marked *