Cinta Gila

RM24.90

KATEGORI NOVEL
GENRE  CINTA
PENULIS

Dya Vanilla

PENERBIT  SR Publication
BIL. HALAMAN  594
ISBN 9789675822056

Out of stock

SKU: 9789675822056 Category: Tags: , Product ID: 27492

Description

Nurislam…indah namanya sesempurna ciptaan Tuhan.Namun sikap dan jiwanya yang keras menjadikan dia seperti lelaki. Akhirnya terjerat dengan cinta sonsang dalam meniti arus remaja. Dia tidak peduli jika ada yang sakit hati. Dia tidak kisah jika ada yang sakit mata.Itulah dunianya.Kehadiran seorang lelaki yang dianggap pengganggu pantas saja membuat hidupnya kacau. Dialah abang angkat,musuh ketat dan merangkap suami yang dinikahi tanpa sengaja.

Sifat Nurislam yang tidak seperti wanita lain menyebabkan dia terus-terusan jadi hinaan Irham. Hidupnya kacau semenjak dia mengenali lelaki yang berlagak macho itu. Pernikahan yang secara tidak sengaja mengundang penyesalan yang amat sangat di hati Nurislam.

“Kalaulah aku tahu kau yang jadi laki aku,tak hingin aku nak kahwin dengan kau! kaulah orang yang paling aku benci dekat atas dunia ni!” marah Nurislam.

“Habis, kau ingat aku terdesak sangatlah nak kahwin dengan kau? Sedarlah diri kau tu sikit. Rasanya tak perlulah aku cakap kau tu siapa. Kau sendiri pun tahu. Dengar sini baik-baik. Kalau tak disebabkan ayah akuyang paksa aku buat semua ni, mati hidup semula pun belum tentu aku nak kahwin dengan kau!”

Ada saja hujah lelaki itu untuk menyakitkan hatinya.Dalam keadaan keliru begitu,muncul Asyraf Haqimi cuba menawan hati Nurislam yang berhati batu itu.Sikap Asyraf yang merendah diri jauh berbeza dengan Irham.Sungguh!

“Bagilah peluang pada saya.Pandanglah ke arah saya sekali.Jangan anggap saya seperti tidak wujud.Tolong jangan layan saya begini.”

Keadaan jadi lebih gila bila Irham pula cuba mencuri perhatian Asyraf yang jelas tidak berminat dengan gay sepertinya. Dua lelaki itu akhirnya membawa Nurislam kepada persoalan misteri yang begitu sukar untuk dirungkai.

Dalam kealpaannya, seorang sahabat meninggal dunia kerana kemalangan tragis. Diari sabahatnya yang ditemui mengembalikan Nurislam pada landasan yang sebenar. Dia benci dengan takdir hidupnya. Namun, terlalu indah percaturan Tuhan untuk dipersoalkan.

Kini, dia semakin pasti gerak hatinya benar walaupun sesuatu itu tidak semestinya terjadi seperti apa yang kita inginkan. Pergilah cinta gila, pergilah buat selamanya…

Additional information

Weight 0.460 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Cinta Gila”