Description
Andai segugus rinduku sempat ranum di hujung pencarian ini, akan kupetik untukmu. Biar kau rasa pahit manisnya cinta…
Waktu cinta hadir, pintu hati Anis Azalea terkunci rapat. Biarpun Rahman bersungguh-sungguh mencintai dia, namun sedikit pun tidak ada getar di hatinya. Apabila ikatan pertunangan mereka putus, dia sangka hidupnya akan lebih ceria tetapi kepedihan juga yang tiba. Dia dihina, difitnah dan dicemuh. Hampir-hampir sahaja semangatnya runtuh.
Tanpa diduga, Haris Azfar muncul di dalam hidup Anis Azalea. Tatkala pemuda itu menghulurkan salam perkenalan, dia ragu-ragu untuk menerimanya. Dia bimbang jika tersalah tafsir tentang perasaan yang wujud di dalam hati.Dia juga takut andai kemesraan yang berterusan akan mengikat dirinya sehingga dia tidak mampu hidup berdikari. Maka dibiarkan Haris Azfar berlalu pergi tanpa sebarang jawapan.
Waktu menemukan kembali Anis Azalea dengan Rahman. Ternyata cinta lelaki itu tidak pernah padam. Ikatan yang terputus mahu dijalinkan semula, biarpun sebagai isteri kedua. Tidak dapat cara baik, diusahakannya pula dengan tipu daya. Mampukah Rahman mendapatkan Anis Azalea? Bagaimana pula dengan Haris Azfar? Temui jawapannya dalam novel CINTA AZALEA.
Reviews
There are no reviews yet.