Description
Sebilah pisau bersinar di bawah lampu kalimantang. Segalanya berlaku dalam sekelip mata. Darah memercik seperti bunga api. Maka, terbaringlah sekujur tubuh tidak bernyawa. Kemudian, derapan tapak kaki menapak dan perlahan mendekati.
Sejurus selepas itu, irama tetakan berkumandang. Tak! Tak! Tak! Kuat bunyinya. Dengusan manusia kedengaran sedikit lelah. Bau hanyir mula meruap ke ruang udara, menyebarkan rasa tak senang di segenap ceruk dan ruang. Sedikit demi sedikit, ketul-ketul daging kelihatan menggunung di dalam besen. Usai saja menetak, manusia itu menghela nafas panjang. Seakan-akan seperti puas melepaskan geram.
“Jahat! Abah jahat! Abah bunuh Mail!”
Tanpa membuang masa, jiran tetangga menyerbu dan menyerang Ali. Sari semakin kuat menangis. Jiran tetangga semakin buas. Pada masa itulah, isteri Ali muncul dengan wajah keliru Dia segera bertany, “Apa semua ni?”
“Ali bunuh Mail!”
“Saya yang suruh, kak.”
“Sanggup kau, Leha?” Mak Siti terpempan. “Kau bunuh kawan anak kau!”
Reviews
There are no reviews yet.