celik doa

RM25.00

2 in stock

SKU: 978-967-86-0481-9 Category: Tag: Product ID: 33805

Description

SINOPSIS

Celik Doa adalah himpunan doa yang mudah tetapi penting dalam kehidupan harian kita, sebagaimana pernah diamalkan oleh Rasulullah SAW. Semua bacaan doa dan zikir dalam bahasa Arab.

Jadi, kita disarankan agar mempelajari dan memahami teksnya. Tujuan utama supaya setiap kalimah yang dibaca itu betul bacaan dan maknanya. Apabila bacaan berubah, maka maksudnya juga akan berubah. Bagi mencapai objektif itu, naskhah ini pasti dapat membantu.

Permainan bahasa digunakan untuk para pelajar mempelajari bahasa Arab melalui teknik bermain. Perkataan bahasa Arab yang terpilih diambil daripada doa-doa harian yang dikenal pasti dan dijadikan permainan bahasa.

Ini boleh menyediakan pelajar dengan amalan bahasa yang berguna melalui cara yang santai, menyeronokkan dan memperbaiki suasana pembelajaran agar lebih menarik.

Permainan ini fleksibel dan boleh digunakan pada bila-bila masa dan keadaan. Melaluinya juga dapat meningkatkan kekuatan memori, tumpuan perhatian, kepantasan menjawab, fleksibiliti dan penyelesaian masalah.

Mudah-mudahan dengan adanya koleksi doa harian serta permainan bahasa di dalam buku ini, ia akan memudahkan kita untuk menguasainya. Selain boleh dijadikan sebagai amalan harian kita, insya-ALLAH…

Mengapa Buku Ini Perlu Dimiliki?
● Merangsang minat untuk menguasai doa harian.
● Mempelajari teknik menyelesaikan masalah.
● Mengingati maksud perkataan dalam doa harian.
● Memahami bacaan doa harian secara santai dan mudah.
● Meningkatkan dan menajamkan daya ingatan serta kekuatan memori.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “celik doa”

Your email address will not be published. Required fields are marked *