Description
BUKU BINIKU NINJA 2
Kepulangan pasangan viral ke Malaysia selepas pernikahan mereka di United Kingdom memberi nafas baru dengan ideologi nikah muda di Malaysia.
Kisah mereka bertemu dan minat mengembara dipaparkan di dada akhbar, majalah, radio, ditemubual di rancangan popular tv sehingga kisah pertemuan mereka diadaptasi menjadi drama bersiri di station TV terkemuka Malaysia.
Hampir 2 tahun berlalu. Kini cerita nikah muda bukan lagi sesuatu yang menghairankan di media sosial. Malah semakin menjadi trend sehingga ramai pasangan yang baru belasan tahun sudah mendirikan rumah tangga.
Ramai orang-orang yang lebih berusia, yang sudah lebih lama merasa garam melihat trend ini semakin risau. Mereka risaukan sesuatu yang tidak diketahui kebanyakan pasangan muda ini.
Iaitu realiti kehidupan selepas nikah.
Di saat itulah baru mereka menyedari apa yang dirisaukan oleh kebanyakan orang yang lebih berusia. Selamat datang ke dunia dewasa yang penuh mencabar.
Tanggungjawab yang digalas semakin terasa bebannya. Kini kehidupan mereka bukan lagi tentang mengejar inspirasi cinta jiwang-jiwang.
Tetapi mejalankan tanggungjawab dengan misi kehidupan yang lebih besar untuk survive.
Mode ninja switched on!
Mereka mengembara lagi demi sebuah kehidupan yang lebih baik. Mari ikuti kembara hidup Azlan dan ninjanya dengan lebih input islamik, lebih banyak pengalaman baru di negara-negara yang diterokai mereka seperti Korea, Jepun, German, Perancis, Belgium bersama 2 bayi kembar mereka yang pastinya penuh dengan kisah mendebarkan dan mencuit hati.
Reviews
There are no reviews yet.