Description
“Pada setiap hela nafas, hanya kamu nyawaku…Namun cinta itu adakala sangat melindungi…” Sekuel novel Kerana Terpaksa…Aku Relakan.
INDAH HALINA dan TAJUL RAZIN…Mereka digelar sebagai pasangan paling romantik, macam belangkas dan tak pernah berenggang. Ya…Begitulah realitinya. Rumah tangga mereka rukun dan penuh kasih sayang. Bahagia sepanjang hari dengan kehadiran puterinya dan juga selautan kasih yang tak bertepi.
“Abang nak Indah tahu lagi dan lagi yang you are the only my wife, my love and my soul. Tak ada perempuan lain yang boleh isi hati abang.” – TAJUL RAZIN
“Yalah tu… Tipu jaga!” – INDAH HALINA
Adat manusia, apabila bahagia ada sahaja yang tidak puas hati dan dendam sana sini. Belum hilang letih pertahankan cinta mereka, muncul lagi dugaan yang melanda hidup. Dengki dan sakit hati tak pernah penat mengejar kehidupan mereka.
“Apa buruk dan kurang saya hingga tak diberi ruang lagi?” – INDAH HALINA
“Indah tak ada satu pun kurang. Indah tetap bidadari abang.” – TAJUL RAZIN
Sayang? Haruslah sayang. Haruslah cinta. Tetapi apakan daya dia? Bukan dia tidak berusaha. Bukan dia tidak pertahankan cintanya. Segala-galanya dia telah cuba. Mungkin inilah yang dinamakan takdir. Mungkin Tuhan ingin mempertingkatkan tahap imannya. Sebab itu dia diuji dengan sesuatu yang paling dia sayang.
Reviews
There are no reviews yet.