Additional information
Weight | 0.260 kg |
---|
RM15.00
Kitab “Bidayatul Hidayah” ini adalah di antara kitab karangan Imam Hujjatul Islam Al-Ghazali R.A yang banyak diberi berkat oleh AllahSWT. Ia merupakan ringkasan atau pati kepada kitab Ihya Ulumuddin dan kitab ini telah banyak memberi faedah dan bimbingan bagi setiap orang yang mentelaahnya dengan niat yang ikhlas untuk mengamalkan isi dan kandungannya. Faedah dan manfaatnya sudah jelas dan tidak dapat diragukan lagi.
Sebenarnya kitab “Bidayatul Hidayah” ini telah pun diterjemahkan ke bahasa melayu oleh Al Alim Al ‘Allamah Syeikh Abdul Samad Al Falimbani R.A. (Meninggal dunia sekitar tahun 1246H) dan beliau menamakan terjemahan tersebut dengan nama “Hidayatus Salikin fi Suluki Maslakil Muttaqin”iaitu kitab yang tersangat masyhur di Asia Tenggara ini dan sangat banyak berkatnya. Ia mempunyai gaya bahasa yang tinggi dan huraian yang lengkap serta tambahan yang sangat besar faedahnya. Dan tujuan kita menterjemahkan semula kitab ini hanyalah untuk menampilkan satu terjemahan baru yang lebih ringkas dan sesuai bagi meraihkan kemampuan generasi yang ada sekarang ini.
Bidayatul Hidayah (Panduan Amalan Harian)
Penulis: Imam Al-Ghazali
Terbitan: Khazanah Banjariah
9 in stock
Weight | 0.260 kg |
---|
You must be logged in to post a review.
Reviews
There are no reviews yet.