Bersyukur Saat Diuji

RM22.00

Inikah ujian saya didatangi oleh ustaz yang mengharapkan pertolongan agar anaknya diterima masuk sebagai staf UiTM. Jawatan kerani. Pagi-pagi lagi beliau sudah muncul di rumah. lalu saya dengar dengan teliti tujuan kedatangan beliau dan dengan nada perlahan saya berkata,

‘Ustaz, boleh saya bertanya satu soalan? Jika ada calon yang ditemu duga, katalah anak ustaz paling teruk sekali, tidak berkelayakan, maka jika saya memberi markah yang tertinggi kepadanya, adakah saya berdosa? (Nota : beliau memberi jawapan, ‘berdosa’). Sanggupkah ustaz menyuruh saya melakukan dosa?’

Saya menitiskan air mata di hadapan beliau. Dalam sebak inilah saya nyatakan kepada beliau, ‘Ustaz, saya mungkin mempunyai sedikit kuasa, tetapi kuasa Allah lebih luas dan tidak terperi hebatnya. Saya tidak mahu berdosa. Tolonglah saya ustaz supaya tidak melakukan dosa. Ustaz orang beragama. Ustaz orang pandai. Saya orang bodoh, jahil dan tidak berilmu.’

Beliau meninggalkan rumah saya tanpa berkata apa-apa.


Format : Softcover
Saiz : 14cm x 21.5cm
ISBN : 978-983-0973-51-7
Tarikh Terbit : 2013
Jumlah Muka Surat : 190
Berat (kg) : 0.28

Out of stock

Category: Product ID: 2658

Additional information

Weight 0.28 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Bersyukur Saat Diuji”