BERDUA LEBIH BAIK

RM17.00

KATEGORI BUKU
GENRE UMUM
PENULIS ROHANI ABDUL RAHMAN
PENERBIT GALERI ILMU
BIL. HALAMAN 180
ISBN 9789830973593

 

2 in stock

SKU: 9789830973593 Category: Tags: , Product ID: 31729

Description

BUKU BERDUA LEBIH BAIK

Baik wanita mahupun lelaki, apabila sudah sampai ‘seru’ maka diri akan mula menghitung dan mencari pasangan hidup kerana hidup berdua tentunya lebih bererti. Namun, ada kalanya pasangan hidup sukar ditemui biarpun diri bukan terlalu memilih. Berdua Lebih Baik merungkai rahsia menarik jodoh bagi diri yang belum ketemu pasangannya.

Di saat hati amat berkeinginan untuk mendapatkan jodoh, kesabaran amatlah diperlukan. Apatah lagi bagi wanita atau lelaki yang sudah berumur melewati 30-an, mempunyai kerjaya dan memang bersedia untuk mempunyai pasangan.

Pelbagai sindiran mungkin kita terpaksa menelannya, ini sudah menjadi kebiasaan masyarakat kita yang tidak sunyi daripada usikan yang disasarkan kepada insan-insan yang belum berumah tangga.

Situasi ini juga pernah saya lalui, pelbagai usikan terpaksa diterima. Hanya kesabaran dan senyuman yang mampu mengatasi usikan mereka. Emosi juga sentiasa tidak keruan mengenangkan diri yang belum berpunya.

… Janji Allah sudah ada, pasangannya sahaja yang belum ketemu … .

Additional information

Weight 0.255 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “BERDUA LEBIH BAIK”

Your email address will not be published. Required fields are marked *