BACAAN DALAM SOLAT & TERJEMAHAN HARFIAH

RM10.00

Hati dan fikiran ibarat cawan yang kosong, jika dipenuhi air maka tidak boleh diisi dengan air yang lain. Sekiranya hati dan fikiran telah diisi kefahaman ketika membaca tiap-tiap lafaz bacaan dan doa-doa dalam solat maka tidak ada lagi kekosongan yang boleh diisi oleh khayalan. Dengan demikian akan timbullah keseronokan yang akan melahirkan keindahan dan kelazatan dalam beribadah, sehingga akan menyebabkan kita semakin hampir dengan Allah SWT.

Keindahan dan kelazatan khusyuk menyebabkan solat kita terasa ringan dilaksanakan. Untuk mencapai kelazatan khusyuk seperti yang telah dinikmati oleh Nabi SAW hendaklah memahami semua makna lafaz bacaan dalam solat. Maka akan tersimpanlah perasaan selalu hampir dengan Allah SWT yang sedang disembah serta akan menimbulkan rasa malu untuk melakukan perkara keji dan mungkar selepas melaksanakan solat tersebut.

Semoga buku ini menjadi panduan mempersiapkan diri dalam menambah pengetahuan tentang pemahaman bacaan dan doa-doa dalam solat, insya Allah.

Tajuk: Bacaan dalam Solat & Terjemahan secara Harfiah
Pengarang: Ust Rusman Adsyah
Kod: DN 375
ISBN: 983-046-305-2
Kandungan: 200 m.s.

Out of stock

Category: Tags: , , , Product ID: 18580

Additional information

Weight 0.235 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “BACAAN DALAM SOLAT & TERJEMAHAN HARFIAH”

Your email address will not be published. Required fields are marked *