ASY – SYAMAAIL AL – MUHAMMADIYAH (JAWI)
RM26.00
Kitab ini dikarang oleh Imam At- Tirmizi (Abu Isa muhammad bin Isa bin Saurah bin Musa At-Tarmizi As-sulami At-Tarmizi). Beliau adalah salah seorang daripada enam Ashhab As-Sunan . Keseluruhan kitab ini menyentuh keperibadian Rasulullah SAW dan hal-hal yang berkaitan dengan diri beliau. Mempelajari kitab ini membawa kita kepada mengenali diri Rasulullah SAW dengan lebih dekat lagi dan seterusnya dapat menghayati , meneladani cara hidup beliau dan seterusnya menyayangi beliau, sebagai manusia yang paling agung yang dijadikan contoh dan teladan untuk semua umat manusia.
Kitab Asy-Syamaail Al-Muhammadiah yang saya terjemahkan ini adalah kitab Asy-Syamail Al-Muhammadiyah yang ditahkik dan dita`alikkan oleh Abu Hafsah Sayed `Umraan. Banyak pihak memuji kitab ini kerana kandungannya mengandungi hadis-hadis yang ditapis sebegitu rupa oleh imam At-Tarmizi , yang kebetulannya beliau juga seorang yang pakar dalam ilmu “jarah dan ta`dil”.
Kandungan kitab ini menyentuh :
. Raut wajah dan rupa bentuk tubuh badan Nabi SAW dari hujung rambut ke hujung kakinya.
.Perilaku dan tabiat seharian beliau; baik dari segi pengurusan diri, gerak gerinya , berpakaian dan makan dan minumnya siang dan malamnya.
.Amal ibadahnya yang wajib dan sunatnya.
.Hubungan dengan ahlinya, para sahabat qaribnya , orang ramai dan lain-lain
.Kewafatannya.
Kitab ini patut dimiliki oleh setiap keluarga, para pelajar sekolah pondok dan sekolah menengah. Dengan kerap membacanya dapat mendekatkan hati kita kepada rasulullah SAW dan menjadi benteng bagi mempertahankan dan mengukuhkan akidah kita sebagai ahli sunnah wal jamaah , serta menjadi pedoman bagi melayari bahtera hidup yang semakin kuat dilambung ombak, badai , dan gelora karenah akhir zaman.
Out of stock
Reviews
There are no reviews yet.