Andai Rasulullah Bersama Kita

RM17.00

2 in stock

SKU: 9789673610341 Category: Tags: , , Product ID: 34150

Description

SINOPSIS

Sesungguhnya Rasulullah SAW adalah uswatun hasanah, teladan paling baik bagi kaum lelaki dalam mempergauli isteri-isterinya dengan cara yang makruf, membahagikan giliran, nafkah dan kasih sayang serta tuntutan kemarahan dan kecemburuan isteri-isterinya. Bahasa cinta Rasulullah SAW kepada isterinya dalam bentuk sentuhan telah baginda amalkannya dalam kehidupan seharian. Dan segalanya itu boleh kita kutip sebagai pedoman untuk kita amalkan dalam melayari bahtera rumahtangga.

Pada suatu ketika, pernah Rasulullah SAW melintas sekumpulan kaum wanita, lalu baginda memberi salam. Tetapi tiada siapa pun yang menjawab salam baginda. Mereka masih diam juga. Akhirnya setelah tiga kali Rasulullah SAW memberi salam, barulah mereka menjawab salam baginda. Apabila ditanya mengapa tidak menyahut salam yang pertama dan kedua mereka menjawab; “Kami sengaja mahu Rasulullah mendoakan untuk kami.”

Walaupun sesekali kesabaran baginda rasanya tercabar dengan sikap para wanita itu, tetapi Rasulullah SAW masih dapat menunjukkan akhlak yang paling baik. Begitu Rasulullah mendidik kaum wanita.

Rasulullah yang bijak menggunakan segala ruang dan peluang untuk membuat perasaan para wanita dan isteri-isterinya gembira dan terhibur.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Andai Rasulullah Bersama Kita”

Your email address will not be published. Required fields are marked *