Description
BUKU ANAKKU PENYEJUK MATAKU
Setiap ibu bapa sewajarnya mampu menjawab salah satu persoalan pokok iaitu:- Apa yang patut saya sampaikan kepada anak-anak saya? Selama dua puluh tahun saya mendidik anak ini, adakah saya sudah menyampaikan apa yang wajib saya sampaikan?
Apakah perkataan pertama yang patut saya ajarkan kepada anak saya? Adakah saya sudah mendidik anak secara seimbang? Apakah pendekatan terbaik untuk memastikan anak-anak menghayati dan mengamalkan apa yang diajar?
Persoalan ini nampak ringkas dan senang, namun apabila diperincikan ia tidaklah semudah seperti yang disangka. Inilah antara persoalan-persoalan yang dirungkaikan melalui buku “Anakku Penyejuk Mataku”.
Kandungannya memuatkan garis-garis besar kepada ruang lingkup pendidikan anak-anak. Buku ini harus dimiliki kerana ia memberi panduan dan tip berguna dalam mendidik anak-anak berteraskan al-Quran dan sunnah.
Disertakan kisah-kisah teladan yang dapat memberi inspirasi dan panduan. Persembahan buku yang menarik dan padat dengan informasi dan rekaan berwarna penuh dan ilustrasi berinformasi.
Reviews
There are no reviews yet.