Additional information
Weight | 0.200 kg |
---|
RM7.00
Jin dan syaitan merupakan makhluk ciptaan Allah yang mengisi ruang alam semesta ini. Keduanya tercipta dari api dan bertubuh halus serta bercita-cita menjerumuskan manusia ke lembah dosa. Jin ada yang taat dan ada yang derhaka, sedangkan syaitan semuanya derhaka terhadap Allah SWT. Membincangkan tentang alam jin dan syaitan ini dapat meneliti rahsia-rahsia ghaib yang ingin disampaikan Allah SWT.
Syaitan selalu mempengaruhi kehidupan manusia, kerana mereka berjalan dalam diri anak Adam menelusuri aliran darah. Rayuan dan godaannya menyesatkan perjalanan seseorang dalam menuju kebenaran. Untuk menghindari dan mengatasi gangguan syaitan yang terkutuk, disamping beribadah kepada Allah, perbanyakan amalan membaca ayat-ayat Al-Quran dan berdoa.
Semoga buku ini dapat dijadikan panduan untuk mengetahui rahsia alam jin dan syaitan serta dapat meningkatkan ketakwaan terhadap kebesaran Allah SWT, insya Allah.
Tajuk: Alam Jin & Syaitan serta Cara Mengatasi Gangguannya
Pengarang: Syahrin Nasution
Kod: DN 135
ISBN: 983-046-054-1
Kandungan: 152 m.s.
3 in stock
Reviews
There are no reviews yet.