Description
Kerana Cinta-Mu aku menghirup udara,
Merasakan Oksigen.
Kerana Cinta-Mu, mata ini tetap berkellip seperti melodi
yang engkau atur.
Kerana Cinta-Mu, telinga ini sentiasa rindu
mendengar lantunan ayat-ayat suci-Mu.
Ya Allah….
Aku hanya ingin melangkahkan kaki untuk menuju redha-Mu.
Adakah Allah memerhatikan kita saat ini? Pasti
Adakah Allah maha tahu masalah yang sedang kita hadapi?Sudah mesti
Adakah Allah tahu semua jalan keluar masalah yang sedang kita hadapi? Tahu. Bahkan Allah maha tahu.
Setiap masalah pasti ada jalan keluar, kadang kita sendiri yang tergesa-gesa mengaku lelah untuk menghadapi masalah.
Kita merasa putus asa dari mendapat rahmat Allah.
Buku ini bukan tentang Cinta. Buku ini tentang bagaimana agar kamu, iya kamu, dan kita semua, lebih mesra dengan Allah. Mengapa perlu lebih mesra?
Kerana tanpa Allah, tanpa cinta-Nya, sungguh kita bukanlah apa-apa.
Reviews
There are no reviews yet.