Description
“Untuk mengetahui bid’ah (dhalalah) atau tidaknya sesuatu perbuatan atau perkataan seseorang, kita perlulah mempunyai asas pengetahuan yang cukup tentang dalil-dalil al-Quran, sunnah, ijmak, qias dan kitab-kitab feqah yang diakui. Kita harus terlebih dahulu melihat kepada masalah yang ada. Kemudian meneliti, adakah terdapat ayat, hadits, atau qias yang menunjukkan bahawa ia adalah bid’ah (dhalalah) atau tidak. Jika ternyata tidak ada satu pun dalil yang bertentangan dengannya, maka tidak diragukan lagi bahawa hal tersebut adalah boleh (bukan haram atau Bid’ah Dhalalah).
Reviews
There are no reviews yet.