Description
Pelbagai ikon menjadi pujaan dan sebutan dalam kalangan generasi muda serta anak-anak remaja kita sekarang. Ada antara mereka temasuklah para artis dan selebriti baik di peringkat antarabangsa mahupun di peringkat tempatan. Sebagai menjunjung tinggi ketinggian ilmu serta dengan mengambil ibrah daripadanya turunnya wahyu pertama yang bermula dengan kalimah iqra’ atau bermaksud ‘bacalah’ buku MEMBONGKAR RAHSIA 50 ILMUWAN ISLAM TERSOHOR ini ditulis
Sejak abad ke-8 hinggalah abad ke-15, sejarah ketamadunan islam telah berjaya mewarnai sisi peradaban islam dengan penuh kegemilangan yang amat mengagumkan. Sepanjang tempoh lebih daripada 700 tahun , telah menyaksikan kelahiran ratusan bahkan ribuan ilmuwan islam yang cemerlang, yang telah berjaya membuka mata para cerdik pandai Barat tentang kegemilangan cerdik pandai silam terdahulu serta betapa besarnya sumbangan mereka terhadap perkembangan ilmu moden serta pencapaian sains teknologi sekarang. Nama-nama seperti Jabir Ibn Hayyan, Ibn Al-Haytham, Al-Razi, Ibn Sina, Al-Khawarizmi, Al-Biruni dan ramai lagi tidaklah perlu diperkenalkan lagi dalam sejarah Zaman Kegemilangan Islam. Begitu juga dengan tokoh-tokoh seperti arkitek yang mempunyai sentuhan emas Mimar Sinan, atau tokoh robotik islam dan pelopor sistem komputer analog bernama Al-Jazari mahupun pelopor ilmu pembedahan moden bernama Al-Zahrawi.
Jika sejak abad ke-8 dahulu anugerah ‘Hadiah Nobel’ telah diwujudkan seperti yang berlaku sekarang, pasti kita akan melihat senarai penrima anugerah tertinggi tersebut saban tahun sehingga selama lebih 500 tahun, dibolot oleh cerdik pandai islam. Itulah fakta tentang sumbangan serta pencapaian gemilang para ilmuwan islam terdahulu. Malangnya kini, kita telah ketinggalan dalam banyak oleh mereka yang bukan beragama islam. Sebahagian besar daripada puncanya adalah kerana sikap kita sendiri yang telah mengabaikan dua harta pusaka yang telah ditinggalkan oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad saw kepada kita iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.
Semoga pembongkaran melalui buku ini akan dapat diambil iktibar oleh generasi umat islam kini khususnya generasi muda, untuk memuhasabah diri serta membasuh arang yang terconteng di muka selma ini. Besarlah harapan agar melalui pembongkaran ini akan dapat menyuntik semangat dalam generassi muda umat islam untuk kembali memartabatkan kegemilangan tamadun islam serta mencipta kejayaan dalam karier masing-masing.
Reviews
There are no reviews yet.